Tuesday, April 10, 2012

PKS Malaysia, Indonesia saling melengkapi

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKSMalaysia_Indonesiasalingmelengkapi/Article/index_html

Published: on 10 April 2012

KERJASAMA sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dan Indonesia boleh membawa faedah yang lebih jauh daripada hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama itu boleh dimulakan dengan perniagaan usahasama seperti pembukaan kilang di Indonesia untuk mengambil peluang daripada penggunaan domestik yang besar di Indonesia dan dikembangkan untuk pengeluaran bagi pasaran Asean.

“Syarikat PKS harus memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk saling melengkapi dalam kerjasama ekonomi dalam perniagaan dan perdagangan, sesuai dengan matlamat pembentukan Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) yang direalisasikan pada 2015,” katanya di Surabaya, Indonesia.

No comments: