Thursday, November 1, 2012

Promosi Kraf Inspirasi Alam Serlah Bakat Usahawan Tempatan

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Seramai 200 usahawan dari pelbagai bidang kraf menyertai program promosi 'Kraf Inspirasi Alam (PKIA) 2012' anjuran Kraftangan Malaysia bermula hari ini hingga 11 Nov di Kompleks Kraf Jalan Conlay di sini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=705858
Published: November 01, 2012

Promosi kraf yang berteraskan alam dan terbahagi kepada lima pameran utama iaitu Kraf Taman dan Laman, Seni Ukiran Senjata Tradisional, Kraf Pelajar Institut Kraf Negara, Lukisan dan Busana Kraf Tekstil itu bertujuan menonjolkan nilai perpaduan, komersil dan pendidikan dari pelbagai kaum di negara ini.

Pameran yang julung kali diadakan itu bertujuan menonjolkan hasil kreativiti pengusaha kraf dengan menggabungkan unsur seperti hasil tanah, hasil rimba dan logam dalam produk masing-masing.

Bagi pengusaha aksesori manik Juliana Anak Embrose, 45, dari Sarawak, pameran seperti ini adalah saluran yang paling baik untuk memperkenalkan hasil kraf tradisional negeri itu.

Selain itu, ia juga menggalakkan pengusaha kraf tempatan supaya lebih kreatif dalam menghasilkan produk mereka, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

-- BERNAMA

No comments: