KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Modal insan memainkan peranan
penting di dalam kemajuan ekonomi dan masyarakat kerana tanpanya tiada
apa akan dapat dilaksanakan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712552
Published: November 30, 2012
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai
berkata "kita tidak boleh menyifatkan manusia sebagai satu lagi sumber."
"Kedudukan dalam sesuatu badan hanya bermakna kedudukan itu. Ia hanya
mencerminkan hakikat bahawa lebih tinggi kedudukan anda pada kedudukan
itu, anda berada pada kedudukan lebih baik."
"Kebiasaannya, idea cemerlang datang dari sumber yang paling kurang
dijangka, iaitu dari kumpulan bawahan, pekerja am dan petugas kaunter
dan secara asasnya, golongan akar umbi."
"Sebabnya mudah sahaja. Terdapat orang yang kebiasaannya sentiasa
berdampingan dengan realiti dan mereka membentuk majoriti masyarakat,"
katanya semasa melancarkan Sidang Kemuncak Hari Keusahawanan Sabah
(SEeD) di 1Borneo, Likas, dekat sini Khamis.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment