KUMPULAN Asian Pac Bhd (Asian Pac) yakin dapat menjana perbelanjaan
runcit tahunan bernilai RM1.38 bilion menerusi pembangunan Imago Mall,
gedung beli-belah terbaru di Kota Kinabalu, Sabah yang bakal dibuka pada
2014. Pengerusi Asian Pac, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata,
gedung itu akan memenuhi keperluan 400,000 orang dan mampu memberi
peluang pekerjaan kepada 10,000 orang.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JanaperbelanjaanRM1_38b/Article/index_html
Published: November 03, 2012
Katanya, Imago Mall dimajukan Syarikat Kapasi Sdn Bhd, anak syarikat
Asian Pac sebagai sebahagian daripada fasa kedua KK Times Square yang
turut menempatkan fasa pertama yang siap dibina pada 2007. “Matlamat
kami ialah menjadikan gedung ini tempat pertemuan bagi rakyat Sabah yang
memerlukan gedung beli-belah bertaraf antarabangsa.
“Imago Mall yang mempunyai keluasan 800,000 kaki persegi bakal
dihubungkan dengan pusat bandar melalui jambatan enam lorong yang sedang
dibina dan dijangka siap menjelang Jun 2013,” katanya pada majlis
pelancaran projek Imago Mall di Kuala Lumpur.
Sementara itu,
Pengarah Urusan Asian Pac, Datuk Mustapha Buang berkata, pembinaan Imago
Mall membabitkan RM500 juta itu adalah gedung pertama di Sabah yang
memperkenalkan konsep ruang sewaan runcit tanpa strata dan bakal
diuruskan sepenuhnya secara profesional.
“Memandangkan kami
akan menyewakan ruang niaga runcit sendiri, kami boleh mengawal dan
memastikan ia sejajar dengan trend serta permintaan pasaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment