Wednesday, November 21, 2012

Dana EIF untuk PKS tahun depan RM15 juta

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memperuntukkan RM15 juta Dana Inovasi Enterpris (EIF) tahun depan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya yang ingin mengkomersialkan produk berinovasi. Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia diyakini dapat disalurkan sepenuhnya kepada PKS yang melepasi kelayakan permohonan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DanaEIFuntukPKStahundepanRM15juta/Article/index_html
Published: November 21, 2012

Katanya, sebanyak RM10 juta dana EIF disediakan untuk tahun ini dan pihaknya sudah meluluskan 28 projek PKS daripada 81 permohonan yang diterima pada 2011.

“Dana ini untuk memudahkan penyertaan PKS dalam aktiviti inovasi melalui pembangunan atau penambahbaikan produk, proses atau perkhidmatan sedia ada atau baru yang mempunyai elemen inovasi untuk dikomersialkan. Malah, melalui skim ini Mosti menyediakan dana sehingga RM500,000 bagi PKS yang layak.

“Kami mengalu-alukan mereka yang mempunyai produk atau inovasi terbaru di pasaran mengambil peluang ini untuk memohon EIF, sekali gus untuk pembangunan PKS yang lebih mapan dan berdaya saing,” katanya pada sidang media sempena Forum SME CEO 2012 di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, PKS perlu peka terhadap teknologi dan inovasi untuk memperbaiki produktiviti mereka kerana PKS juga boleh menjadi peneraju dalam industri inovasi di negara ini.

Fadillah berkata, tahun ini terdapat 49 permohonan diterima, namun hanya sembilan diluluskan dan pihaknya masih membuka peluang kepada PKS untuk tampil dengan idea serta inovasi terkini terutama yang belum ada lagi di pasaran.

No comments: