Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MendigitalPKS/Article/index_html
Published: November 07, 2012
Katanya, produk pelbagai itu yang pertama seumpamanya di negara ini, terdiri daripada rangkaian perkhidmatan melangkaui penyelesaian mudah alih dan tetap, merangkumi Pengurusan Mesin ke Mesin Maxis (M2M), Sistem Pengurusan Logistik dan Gudang melalui perisian servis awan Maxis (SaaS) dan Penjimatan Talian Tetap Maxis (FLS) menerusi hotline uniti.
“Penyelesaian ini memberi manfaat kepada PKS yang peka dengan harga, namun memerlukan teknologi komunikasi pada kos pelaburan awal dan penyelenggaraan rendah serta membolehkan mereka mengakses perkhidmatan ini melalui pembekal tunggal untuk memenuhi semua keperluan komunikasi usahawan.
“Malah, PKS tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang mahal untuk pengurusan logistik mereka dan lebih penting semua maklumat, pemantauan serta operasi boleh dijalankan di mana saja,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Built for SME Solutions di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Perkhidmatan Bisnes Maxis, Fitri Abdullah.
Sementara itu, Fitri berkata, melalui liputan rangkaian tanpa wayar terkemuka Maxis serta digabungkan dengan jangkauan talian gentian optik, Maxis mempunyai keupayaan akses berkelajuan tinggi yang terluas dan terpantas di negara ini.
No comments:
Post a Comment