GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Usahawan muslim di negara ini digesa
membina dan meningkatkan lagi jaringan kerjasama untuk memajukan diri
dalam bidang yang diceburi.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=711331
Published: November 25, 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata
sekiranya usahawan Islam mahu menguasai selok belok bidang perniagaan,
mereka harus saling menyokong antara satu sama lain.
"Tanpa wujudnya jaringan yang merangkumi aspek kecil hinggalah kepada
perkara yang lebih besar, kita tidak dapat mengoptimumkan penguasaan
dalam bidang keusahawanan," katanya ketika berucap dalam majlis makan
malam amal anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia cawangan Pulau
Pinang (DPIMPP) di sini malam tadi.
Nor Mohamed berkata usahawan muslim tidak kira sama ada yang telah lama
bertapak dalam dunia perniagaan atau sebaliknya perlu melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan bersedia mempelajari ilmu baharu bagi bersaing
secara kompeten dengan usahawan lain.
Katanya mereka juga perlu memiliki keberanian untuk menerokai bidang
baharu dan bersedia berdepan dengan risiko serta tidak mudah mengalah
jika melalui detik sukar dalam perniagaan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment