Saturday, November 3, 2012

Peluang niaga online

LOT.MY Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan kedai dalam talian (online) yakin dapat membantu sekurang-kurangnya 1,000 usahawan memiliki kedai online apabila memperkenalkan aplikasi ShopLot di laman sembang sosial facebook.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Firdous Kamarul Jaman berkata, pihaknya membangunkan aplikasi ShopLot untuk memberi peluang kepada mereka yang menggunakan facebook menjana pendapatan melalui laman media sosial itu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peluangniagaonline/Article/index_html
Published: November 03, 2012

Beliau berkata, Lot.my adalah syarikat pertama di negara ini yang memperkenalkan aplikasi terbaru itu dan tumpuan pasaran pula tidak hanya di Malaysia, tetapi memperluaskannya ke seluruh dunia.

“Facebook-dagang (F-Dagang) ini semakin popular di serata dunia dan kami mengambil inisiatif membantu memudahkan usahawan untuk melakukan jual-beli dengan lebih meluas. Walaupun ShopLot baru diperkenalkan pertengahan Oktober lalu, kami menerima permintaan menggalakkan.

“Sehingga akhir tahun ini, kami menyasarkan sekurang-kurangnya 120 ShopLot dan 1,000 untuk tahun depan manakala pertengahan 2013 kami akan memasuki pasaran Singapura, Indonesia dan Brunei bagi mempromosikan aplikasi terbaru ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, memandangkan facebook boleh diakses lebih satu bilion pengguna seluruh dunia termasuk 13.15 juta di Malaysia, syarikat itu komited memperkembangkan perkhidmatannya sehingga ke peringkat global.
Mohamed berkata, ShopLot mudah digunakan, pengguna boleh terus membeli barangan melalui facebook dan paling penting Lot.my memberi latihan selama dua hari kepada mereka yang ingin membuka kedai online serta pemantauan sepanjang tahun.

Katanya, selain itu usahawan terbabit akan diberikan kit memulakan perniagaan online dan perundingan mengenai pemborongan.

“Melalui pakej ShopLot, kami mendedahkan orang ramai kepada kaedah pemasaran melalui laman sosial berkenaan dan sebarang pertanyaan boleh menghantar emel kepada tanya@lot.my,” katanya.

No comments: