Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahawandalamtalian/Article/
Published: November 09, 2012
Ia terbukti selepas 49 usahawan wanita dalam talian yang mendapat latihan khusus di bawah Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia (YPVWM) berjaya dalam perniagaan internet lantas terpilih menjadi mentee untuk Program Pementoran Wanita dalam Perniagaan.
Lebih membanggakan program itu turut mendapat kerjasama dengan pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu utama, Maxis Berhad (Maxis) apabila menyediakan pelan data 12 bulan kepada mereka. Pelan berkenaan diperkenalkan supaya usahawan wanita dalam talian dapat menggunakannya sebagai landasan mengakses perniagaan menerusi tablet Platform e-Mentoring yang dibangunkan.
Ia direka bentuk untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan wanita dalam perniagaan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan menggabungkan pementoran menerusi teknologi jalur lebar hingga mampu merentasi sempadan. Pelan berkenaan juga lebih meluas dengan memberi pendedahan jalur lebar hingga ke kawasan yang tidak berpotensi mendapat liputan.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.
No comments:
Post a Comment