Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tm-hargai-usahawan-1.105224
Published: November 20, 2012
Majlis anugerah ini turut mendorong usahawan meningkatkan daya inovasi,
daya saing, keberuntungan dan kualiti serta mengambil bahagian dalam
peningkatan, kreativiti, inovasi, penyelidikan dan pembangunan.
Antara anugerahnya diberi termasuk Anugerah Usahawan Terbaik Pembuatan, Anugerah Usahawan Terbaik JKH, Anugerah Khas Kepelbagaian Perniagaan, Anugerah Khas ‘Blue Lane’ dan Anugerah Usahawan Terbaik.
Pengerusinya, Datuk Halim Shafie berkata, anugerah ini penting bagi meraikan usahawan dan vendor TM yang telah menunjukkan prestasi dan pertumbuhan yang cemerlang, sekali gus menjadi contoh oleh usahawan-usahawan lain.
TM salah satu GLC yang telah lama mewujudkan EDP dengan lebih 600 syarikat bernaung di bawah program itu,” katanya.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, program pembangunan usahawan yang dikendalikan TM sememangnya satu inisiatif yang harus dipuji ke arah mewujudkan golongan usahawan
Bumiputera yang cekap, berdaya saing dan berjaya.
“Keupayaan usahawan teroka peluang yang ada dan berani mengambil risiko, adalah kualiti-kualiti yang perlu diterapkan di kalangan usahawan berjaya, khususnya di bawah inisiatif korporat,” katanya.

No comments:
Post a Comment