MARANG - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan 500 usahawan Bumiputera mencapai status jutawan menjelang 2020. Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara Datuk Mohd Rosdi Ismail
berkata, setakat ini 157 usahawan jutawan telah dihasilkan agensi itu
menerusi pelbagai program yang dilaksana.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mara-sasar-500-jutawan-menjelang-2020-1.101479
Published: November 07, 2012
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=707477
Published: November 07, 2012
"Jutawan yang dimaksudkan ini ialah mereka yang memperolehi pendapatan
tidak kurang RM2 juta setahun," katanya kepada pemberita selepas
Karnival dan Pameran Produk Usahawan Daerah Marang, di sini hari ini.
Mohd Rosdi berkata, untuk tahun ini, Mara setakat September lepas telah
mengeluarkan RM475 juta sebagai pinjaman modal kepada 5,375 usahawan di
seluruh negara.
Daripada jumlah itu, RM43.8 juta untuk pembiayaan 501 usahawan di Terengganu, katanya.
Beliau berkata, bagi tempoh 1951 sehingga akhir Rancangan Malaysia
Kesembilan, Mara membelanjakan RM4 bilion bagi melahirkan 197,000
ussahawan.
Bagaimanapun katanya hanya 60,000 masih aktif. Mohd Rosli berkata, Mara
juga memberikan tumpuan serta membantu penjaja kecil dan sehingga akhir
bulan lepas agensi itu membantu 6,683 orang, melibatkan pembiayaan RM43
juta.
Penjaja kecil ini diberi bantuan sehingga RM10,000 seorang dan di
Terengganu sebanyak 849 orang mendapat manfaat dengan pembiayaan RM4.4
juta, katanya.
"Kalau di daerah Marang sahaja ada 91 orang penjaja kecil yang telah kita berikan pembiayaan sejumlah RM125,000," katanya.
Mengulas perkara berbeza, Mohd Rosdi berkata, Mara telah melancarkan
tiga kompleks Halal Park iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan; Tambun
(Perak) dan Kuala Perlis (Perlis).
Mara dijangka memperluaskannya ke Sarawak dalam jangka masa terdekat
dalam usaha agensi memperluaskan pemasaran produk halal ke seluruh
negara, katanya.
Karnival tiga hari sehingga Khamis itu disertai 40 usahawan dalam pelbagai bidang.
Menurut Mohd Rosdi, kernival itu menjadi platform untuk usahawan
peringkat daerah memperluaskan pasaran produk mereka ke peringkat
nasional. - Bernama
No comments:
Post a Comment