Pengasas merangkap Pengarah Urusannya, Puteri Mardziyaton Darus atau lebih dikenali sebagai Cik Manja berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan walaupun baru empat bulan di pasaran.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sasarsejutabotol/Article/index_html
Published: November 30, 2012
“Minuman ini diperbuat daripada kurma asli yang dicampur madu lebah sebelum ia dikisar untuk dijadikan minuman dan seratus peratus halal. Kurma biasanya hanya menjadi pilihan bagi masyarakat kita pada bulan Ramadan, sedangkan ia adalah sunnah nabi selain penuh dengan pelbagai khasiat.
“Justeru, dengan khasiat yang boleh menambah tenaga kami berharap ia dijadikan amalan harian oleh umat Islam di negara ini,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau turut menggalakkan orang ramai supaya menjadi wakil pengedar kerana ia menjamin pulangan yang lumayan.
“Syarikat kami sedang mengintai pasaran Indonesia dan Timur Tengah kerana negara berkenaan tidak terdapat minuman atau jus berasaskan kurma, walaupun kurma berasal dari sana.
Minuman Kurma Manja dijual dengan harga RM2.90 bagi botol 250 mililiter (ml).
No comments:
Post a Comment