Saturday, November 10, 2012

Lebih banyak syarikat PKS Bumiputera berdaya saing

SEMAKIN banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera menunjukkan keupayaan untuk lebih berdaya saing, bukan saja di peringkat domestik, malah antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim berkata, ini dibuktikan menerusi peningkatan penyertaan syarikat Bumiputera dalam Anugerah E50 tahunan SME Corp dengan lonjakan 210 peratus kepada 31 syarikat tahun ini, berbanding hanya 10 syarikat tahun lalu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LebihbanyaksyarikatPKSBumiputeraberdayasaing/Article/index_html
Published: November 10, 2012

“Syarikat PKS Bumiputera yang menyertai anugerah E50 tahun ini sudah mencapai penarafan empat bintang. Mereka menjalani proses ketat oleh Deloitte Malaysia bagi memastikan yang syarikat Bumiputera ini adalah yang terbaik.

“Oleh itu, bagi pihak SME Corp, kami ingin melihat mereka menembusi pasaran global berikutan sudah menunjukkan keupayaan dalam pasaran domestik. Kami mahu syarikat Bumiputera mengambil peluang ini dan merebut pasaran dunia kerana mereka lebih terserlah dengan keupayaan masing-masing,” katanya selepas mengumumkan pemenang Anugerah E50 tahunan SME Corp di Petaling Jaya, semalam.

Penyertaan dalam E50 bagi tahun ini berdasarkan jemputan dengan lebih 400 syarikat di bawah program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (Score) dan bagi yang memperoleh penarafan empat bintang ke atas dipelawa untuk turut serta.

Tahun ini fokus diberikan untuk memberikan pengiktirafan lebih hebat kepada syarikat yang sudah bersedia untuk masa depan berdaya saing dan boleh berdepan dengan cabaran global.

No comments: