KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Koperasi Muamalat Bersatu
Terengganu Berhad (KMBTB) menyasarkan 30 syarikat industri kecil dan
sederhana (IKS) akan menggunakan perkhidmatan di pusat pengilangan,
pembungkusan dan penjenamaan industri hiliran miliknya sebelum akhir
tahun ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=708080
Published: November 09, 2012
Sehingga kini, 20 syarikat IKS dari seluruh Malaysia, terutama syarikat
dari Johor telah menjadi pelanggan tetap di kilang milik KMBTM untuk
menjadi pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan syarikat-syarikat
berkenaan.
Pengurus Pembangunan Kilang KMBTB Ahmad Zunaidi Muhamad berkata,
berdasarkan prestasi semasa, pihaknya kini tidak menang tangan dengan
permintaan dari banyak syarikat IKS yang meminta khidmat nasihat untuk
pengeluaran produk kesihatan bagi tujuan komersil.
"Di sini, kami memberi jaminan penggunaan bahan mentahnya adalah sumber
semula jadi yang kami perolehi dari pembekal yang telah diiktiraf
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah harga pengeluaran produk
di sini adalah yang termurah di pasaran."
"Kesucian proses pembuatan produk di kilang ini juga telah mendapat
pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
(JHEAT) baru-baru ini," katanya ketika ditemui Bernama di Kawasan
Perindustrian Chendering di sini Khamis.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment