Friday, November 2, 2012

Pencarian usahawan tekno terbaik

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) bersama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan pertubuhan bukan kerajaan, StartupMalaysia.org menjalankan program pemecut korporat 2012 bagi mencari lima usahawan tekno tempatan terbaik.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121102/ko_02/Pencarian-usahawan-tekno-terbaik
Published: November 02, 2012


DARI kiri: zamzamzairani Mohd. Isa, Saifuddin Abdullah, Badlisham Ghazali 
dan Dash Dhakshinamoorthy bersalam menandakan pelancaran Program 
Pemecut Korporat 2012 di Kuala Lumpur, semalam.Kelima-lima usahawan 
tekno terbaik itu perlu mempunyai idea penyelesaian produk digital tersendiri.

Program itu juga selaras dengan projek Digital Malaysia untuk melahirkan sebanyak 4,000 usahawan teknologi menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, selain memberi bimbingan dan menyediakan kemudahan kepada lima usahawan tekno tersebut, pihaknya juga akan menyediakan akses pasaran.

Katanya, kesemua hasil produk daripada lima usahawan tekno tersebut akan dikomersialkan.

“Saya percaya program pencarian lima usahawan tekno terbaik ini merupakan yang pertama di Malaysia dan mungkin pertama di Asia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pemecut korporat 2012 di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Badlisham Ghazali dan Pengasas StartupMalaysia.org, Dash Dhakshinamoorthy.

Program pemecut korporat 2012 bermula hari ini sehingga pertengahan tahun depan.

Usahawan tekno yang terpilih akan diberi tempoh selama tiga bulan untuk menghasilkan produk penyelesaian digital yang terbaik.

Sebanyak 100 usahawan tekno akan dikenalpasti dengan idea penyelesaian produk digital masing-masing untuk disaring dan melalui dua peringkat lagi sehingga lima yang terbaik.

Lima usahawan terbaik itu berpeluang untuk mengkomersialkan produk masing-masing di dalam dan luar negara.

No comments: