KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd, pemilik tanah dan
Pengurus Cybercity Cyberjaya Malaysia, mengetuai delegasi perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) yang akan muncul buat pertama kalinya di CeBIT
Bilisim Eurasia 2012 di Istanbul, Turki, dengan pelbagai inovasi
berteknologi tinggi terkini hasil hab utama ICT (Teknologi Maklumat dan
Komunikasi).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=711641
Published: November 27, 2012
PKS berkenaan akan mempamerkan produk-produk digital inovatif mereka di Pavilion Cyberjaya.
CeBIT Bilisim Eurasia 2012, pameran perdagangan paling berprestij untuk
sektor ICT di Eurasia, adalah hab antarabangsa bagi pasaran ICT yang
berkembang di Turki, Eropah Tenggara dan rantau Laut Hitam, dan akan
berlangsung mulai 29 Nov hingga 2 Dis 2012, di CNR Expo di Istanbul.
Dalam satu kenyataan Isnin, Hafidz Hashim, Pengarah Urusan Cyberview
Sdn Bhd berkata bersama-sama dengan PKS, syarikat itu berharap untuk
mempamerkan inovasi teknologi tinggi terkini dan peluang besar yang ada
di Cyberjaya, yang bukan hanya akan menarik syarikat-syarikat dan
pelabur baru tetapi juga mewujudkan peluang perkongsian strategik baru
untuk perniagaan ICT sedia ada di hab tersebut.
Beliau berkata sebagai tempat pilihan bagi syarikat-syarikat ICT,
multimedia dan inovasi di Malaysia, Cyberjaya Malaysia berhasrat menjadi
jentera pertumbuhan serantau untuk inovasi, pembangunan multimedia,
penjanaan kandungan kreatif dan penyumberan luar perkhidmatan
perkongsian global.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment