KUANTAN - Golongan mahasiswa di negara ini harus merebut peluang
menceburi program keusahawanan aplikasi telefon mudah alih pintar
berikutan pasaran dan permintaan yang tinggi terhadap gajet berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains dan Inovasi Negeri Pahang
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, ia secara tidak langsung dapat
membentuk dan menyediakan mereka menjadi graduan yang mempunyai nilai
tambah sekaligus memenuhi tuntutan pasaran kerja masa kini.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mahasiswa-disaran-manfaat-program-usahawan-aplikasi-telefon-pintar-1.101855
Published: November 08, 2012
"Perniagaan aplikasi adalah satu fenomena baru dan sangat relevan masa kini.
"Perkhidmatan ini sering dibangunkan oleh usahawan yang berinovasi
dalam menyelesaikan isu-isu sosial dan menangani keperluan pasaran
setempat menerusi teknologi mudah alih," katanya ketika merasmikan
Program Inkubator Teknopreneur ICT MY APPS di Universiti Malaysia Pahang
(UMP) di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh anggota Dewan Undangan Negeri Semambu
merangkap Anggota Jawatankuasa ICT negeri, Datuk Phang Tsu Ming.
Program yang dijalankan dengan usahasama syarikat aplikasi tempatan
iaitu MYAPPSZIL (Asia) Sdn Bhd itu memberi peluang kepada kira-kira 90
mahasiswa UMP yang terpilih untuk menyertai latihan perindustrian selama
enam hingga sembilan bulan di pusat inkubator UMP di Semambu, dekat
sini.
Beliau berkata pembabitan mahasiswa UMP dalam program itu membolehkan
mereka menjana pendapatan menerusi penjualan aplikasi yang dicipta
sendiri secara online atau menjadi seorang pembangun aplikasi di
syarikat antarabangsa seperti Samsung, LG atau HTC.
"Selain itu penglibatan mahasiswa dalam program itu dapat menerapkan
elemen penting seperti disiplin kendiri, kepimpinan, etika, komunikasi
dan inovasi" katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment