PETALING JAYA, 28 Nov (Bernama) -- CIMB Wealth Advisors Bhd (CWA)
mengunjur aset di bawah pengurusannya (AUM) mencecah RM7 bilion
menjelang akhir tahun depan, daripada RM6.1 bilion sekarang ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712164
Published: November 29, 2012
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121128/ek_07/CWA-perkenal-skim-persaraan-swasta
Published: November 29, 2012
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Munirah Khairuddin berkata pertumbuhan
berkenaan akan disokong oleh pertumbuhan langganan yang kukuh bagi semua
produk pelaburannya.
"Kami juga menyasar untuk mengembangkan perniagaan kami sebanyak 40
peratus dan kenaikan tenaga agensi kami kepada 7,000 perunding daripada
5,000 sekarang ini pada akhir 2013," kata beliau kepada pemberita
selepas pelancaran Skim Persaraan Swasta (PRS) CIMB oleh Ketua Eksekutif
CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak, di sini Rabu.
CWA merupakan anggota CIMB-Principal Asset Management Bhd, yang mengurus aset bernilai kira-kira RM36 bilion.
Munirah berkata skim persaraan yang baru dilancarkan itu menyasar untuk
menembusi pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang,
secara agresif dengan menawarkan simpanan persaraan alternatif untuk
pemilik perniagaan dan pekerja mereka.
"Di bawah skim PRS, pekerja boleh bermula akaun simpanan persaraan
tambahan dari serendah RM100 sebulan serta pelepasan cukai maksimum
sebanyak RM3,000 setahun.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment