Sunday, November 4, 2012

Halfest sasar tingkat 30,000 pengunjung

HALAL Fiesta Malaysia (Halfest) menyasar peningkatan 30,000 pengunjung bagi acara tahun depan daripada 70,000 tahun ini, yang bakal diadakan dalam tempoh lima hari mulai 2 Oktober 2013.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/halfest-sasar-tingkat-30-000-pengunjung-1.100329
Published: November 04, 2012

Halfest 2012
   Halal Festival Malaysia 2012

Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia, Mohd Shukri Abdullah selaku penganjur acara itu berkata, syarikatnya akan menambah lebih banyak petak pameran untuk menarik pengunjung ke acara itu yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, Halfest 2012 mempunyai 711 petak pameran berbanding 637 tahun lalu.

“Halfest, bersama-sama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara), turut memilih 20 petak pameran untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas)," katanya.

Mihas ialah pameran tahunan yang direka untuk membawa produk dan perkhidmatan yang mematuhi halal dari seluruh dunia.

Sementara itu, Pengarah Mara (Usahawan), Yahya Ibrahim berkata, petak pameran atau syarikat terpilih mesti sedia pada bila-bila masa untuk mengeksport produk dan pada masa sama memastikan kualitinya.

Halfest, bersama-sama dengan rakan strategik, Mara dan CIMB Islamic meraikan 55 pemenang iPad yang merupakan pengunjung di Halfest 2012.

Turut menerima hadiah, pemenang Cabaran Dapur Cilik dan Ratu Resipi Malaysia yang berlangsung di Halfest.

No comments: