PROEIGHT Offshore Engineering Sdn Bhd (Proeight), syarikat
kejuruteraan marin Bumiputera akan lebih agresif meluaskan operasinya ke
Timur Tengah, Australia, Thailand dan Jerman tahun depan dalam usaha
muncul sebagai peneraju penyelesaian kejuruteraan lengkap bagi industri
minyak dan gas di dunia. Pengarah Urusannya, Azhar Zainal Abidin berkata, syarikatnya
mengunjurkan pendapatan RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang
dengan 70 pendapatan disumbangkan dari pasaran antarabangsa berbanding
RM22 juta ketika kini.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Proeightagresifperluasoperasi/Article/index_html
Published: November 08, 2012
“Proeight antara enam syarikat kejuruteraan marin terkemuka dunia
menghasilkan alat ganti bagi industri minyak dan gas (O&G) iaitu
alat pengedap mekanikal. Sembilan bentuk direka dan dikeluarkan
selain tiga lagi bakal dikeluarkan tahun depan. Harga setiap alat ganti
ditawarkan antara RM30,000 hingga RM100,000 dan 40 peratus lebih murah
daripada pemain antarabangsa.
“Perkongsian pasaran di Malaysia mencecah 90 peratus. Selepas lapan
tahun kami menerajui pasaran tempatan dengan pelbagai aktiviti kajian
dan pembangunan (R&D), kini tiba masanya kami memindahkan
teknologi ini kepada pasaran luar untuk diperluaskan,” katanya. ketika
ditemui Bisnes Metro di pejabatnya di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
“Nilai pasaran O&G bagi Timur Tengah RM157 juta dilihat sebagai
peluang baik untuk kami bertapak sebelum menjadikan negara di rantau
itu sebagai hab kejuruteraan kami. Dalam tempoh 10 tahun akan datang,
Proeight menyasar untuk menembusi pasaran Afrika, Amerika Selatan dan
Eropah selain mengukuhkan kedudukan di pasaran Asia.
“Semua
100 pakar kejuruteraan kami adalah anak tempatan. Menggunakan Strategi
Lautan Biru, kami menggunakan cara kreatif dan inovatif dalam setiap
penyelesaian. Produk kami turut dipatenkan selain mendapat akreditasi
dari Institut Petroleum Amerika (Api) menjadikan produk kami kini
menerajui di pasaran O&G,” katanya yang memenangi Anugerah Syarikat
Paling Inovatif sempena Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana
(SMIDEX) 2011.
No comments:
Post a Comment