Monday, November 5, 2012

Mizam rancang bina kilang sendiri

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Syarikat pengeluar produk berasaskan sunah nabi, Mizam World Resources (Mizam), merancang untuk memiliki kilang pengeluaran produk sendiri menjelang tiga tahun akan datang.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121105/ko_02/Mizam-rancang-bina-kilang-sendiri
Published: November 05, 2012

 
Abdul Manan Embong (dua dari kiri) bersama Azhar Ali (tengah) dan Ahmad 
Sabri Mustaffa (dua dari kanan) menunjukkan contoh produk Biosunah 
pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam. 

Selama ini, Mizam mengeluarkan produknya iaitu Biosunah melalui pengeluar alatan tulen (OEM) yang dilantik.

Pengasas produk, Dr. Azhar Ali berkata, pihaknya bercadang untuk mempunyai kilang pengeluaran di ibu pejabatnya iaitu di Kuala Terengganu, Terengganu dekat sini.

Jelasnya, sekiranya memiliki kilang pemerosesan dan pengeluaran tersendiri, pihaknya dapat meningkatkan pemasaran dan penjualan di seluruh Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

"Kami masih dalam peringkat pengenalan produk kepada para pelanggan di negara ini dan ia dijangka menjadi fenomena seperti mana produk-produk makanan tambahan yang telah berada di pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Biosunah di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Biosunah Herbs dan Mizam World Resources , Datuk Paduka Prof. Dr. Abdul Manan Embong.

Produk Biosunah telah melalui proses pembangunan kajian dan penyelidikan selama lima hingga enam tahun dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdapat sebanyak 12 jenis produk makanan tambahan Biosunah yang didakwa boleh membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti Proucell (pati garam mineral), Procell Herbs (enzim hidup) dan Cyperss EG (tonermata).

Sementara itu, Pengarah Urusan Mizam, Ahmad Sabri Mustaffa berkata, pihaknya menyasarkan peningkatan perolehan antara 10 dan 20 peratus daripada pelaburan awalnya sebanyak RM5 juta selepas setahun produk berada di pasaran.

Jelasnya, pencapaian itu adalah melalui pelantikan pengedar yang lebih ramai dan syarikat turut merancang untuk menembusi pasaran luar negara dalam tempoh setahun lagi.

Beliau berkata, ketika ini, pihaknya berhasrat melantik dua pengedar bagi setiap daerah di seluruh negara dengan modal permulaan RM15,000 bagi setiap pengedar serta pulangan ke atas pelaburan (ROI) dijangka mencecah RM500,000.

"Kami sentiasa berusaha memperkenalkan produk ini kepada orang ramai mengenai kebaikan dalam tempoh setahun dengan mengadakan pelbagai aktiviti pemasaran dan promosi untuk memperkukuhkan kedudukan Mizam di pasaran tempatan.

"Bagi pasaran luar, kami sudah mempersetujui untuk meneroka pasaran Singapura dan ada pihak yang berminat untuk menguruskan pengedaran produk Biosunah di negara itu tahun ini," ujarnya.

Tambah Ahmad Sabri, pihaknya turut berhasrat untuk menerokai pasaran Indonesia tidak lama lagi.

No comments: