Wednesday, November 28, 2012

Christy Ng syurga kasut

NAMA Christy Ng mungkin masih baru di persada industri fesyen kasut negara. Namun, bagi peminatnya terutama penggemar kasut tumit tinggi, jenama ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/christy-ng-syurga-kasut-1.107424
Published: November 28, 2012

Christy Ng
Christy mencurahkan segala kreativiti dan minatnya dalam menghasilkan sesuatu rekaan.

Bagi Pengasas dan Ketua Pengarah Fesyennya, Christy Ng, 25, perniagaan yang dibangunkan secara atas talian ini semakin mendapat perhatian pelanggan dari dalam dan luar negara dari sehari ke sehari.

Kasut tumit tinggi signature utama
Menyedari kurangnya pereka yang menawarkan kasut bertumit dengan ketinggian melebihi lima hingga enam inci, Christy mengambil peluang ini sekali gus menjadikan ia ‘signature’ utama dalam penghasilan rekaan kasutnya.

Memulakan perniagaan dengan modal permulaan sekitar RM20,000, Christy pada awalnya hanya menghasilkan lima pasang kasut tumit tinggi pada Julai 2010 dan menjual di laman sosial Facebook.

Atas sambutan menggalakkan, dia terus bergiat lebih aktif dalam memasarkan produk menerusi laman web dan membuka sebuah kedai di Damansara pada Mei 2012.

Bakal hasilkan kasut kanak-kanak

Setelah lebih dua tahun berkecimpung dalam dunia rekaan kasut wanita, Christy merancang untuk menghasilkan kasut kanak-kanak perempuan antara usia sembilan hingga 16 tahun menjelang tahun depan.

“Keutamaan saya tetap kepada rekaan kasut wanita kerana seperti yang semua tahu golongan ini selalunya tidak kisah berbelanja dan kasut merupakan antara aksesori yang selalu dibeli.

“Jenama Christy Ng juga akan mula meneroka segmen baru iaitu kasut kanak-kanak di mana hari ini seakan menjadi satu fesyen di mana kasut anak dan ibu adalah sepadan,” katanya.

Mengakui banyak saingan yang terpaksa dihadapi, Christy berkata, dia sentiasa berusaha menghasilkan rekaan yang unik, selesa, memberi lebih nilai, dan mementingkan perkhidmatan pelanggan selain menghasilkan kasut berdasarkan keperluan serta kehendak pelanggan.

Ingin jadi laman beli belah
kasut nombor satu Sehingga kini, Christy Ng menjual lebih 300 hingga 400 pasang kasut sebulan. Manakala, setiap kali musim perayaan, jualan mampu meningkat kepada lebih 500 pasang.

Berikutan sambutan diterima amat menggalakkan, Christy berhasrat menjadi laman web menjual kasut nombor satu di Asia selain ingin memasarkan produknya ke serata dunia.

Dalam tempoh lima tahun lagi, Christy Ng ingin terus mengukuh dan membina jenamanya di persada antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

No comments: