Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Might_Sirimjalinkerjasamaaudit/Article/index_html
Published: November 29, 2012
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusoff Sulaiman berkata, kerjasama berkenaan antara lain membolehkan kedua-dua agensi menjalankan audit dengan lebih terperinci terhadap syarikat tempatan yang berpotensi berkembang melalui projek offset.
“Melalui MoU ini, kami akan melakukan audit dengan lebih terperinci terhadap syarikat yang disenarai pendek apabila Might akan melakukan audit dari aspek kewangan, pengurusan dan keupayaan manakala Sirim dari aspek teknikal,” katanya selepas majlis menandatangani MoU di Cyberjaya, semalam.
Menurutnya, setakat ini terdapat 200 syarikat disenaraikan untuk proses audit dan 26 daripadanya sudah selesai.
“Program offset ini hanya membabitkan projek yang bernilai lebih RM50 juta dan kira-kira 60 syarikat yang disenaraikan itu turut serta dalam projek MRT.
“Nilai yang dijana daripada program offset untuk 200 syarikat ini mencecah RM10 bilion sehingga 2020 dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan,” katanya.
Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada syarikat tempatan mencapai akses pasaran global melalui penghasilan produk berkenaan secara pengeluar peralatan asal (OEM) dengan kos lebih murah.
No comments:
Post a Comment