Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=711340
Published: November 25, 2012
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IndustrihalalmampumelonjakdirantauIMTGT/Article
Published: November 26, 2012
Katanya pertumbuhan pusat-pusat halal akan menyemarakkan industri halal yang semakin berkembang.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Halal Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kawasan Industri MARA (KIM) Kuala Perlis di si hari ini, Md Isa berharap para usahawan Bumiputera mengambil kesempatan terhadap permintaan Produk halal dengan berusaha menembusi pasaran antarabangsa.
Menurutnya, walau pun kejayaan menembusi pasaran antarabangsa merupakan satu pencapaian, pencapaian itu lebih bermakna jika mereka menguasai pasaran.
Md Isa berkata Pusat Halal MARA Kuala Perlis juga akan turut menjadi pemangkin industri kawasan Kuala Perlis yang bakal menjadi bandar maritim.
Pelaksanaan pusat halal itu adalah hasil kerjasama Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dengan MARA yang telah lama terjalin.
Menurutnya, pasaran global produk halal dianggarkan RM6.9 trilion setahun dan jumlah permintaan akan terus bertambah berdasarkan bertambahnya penduduk Islam dunia kepada lebih 1.8 bilion.
Produk halal juga kini berjaya memikat negara-negara bukan Islam termasuk China, Jepun dan Rusia.
Sementara itu, Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata, melalui pusat halal itu, para usahawan Bumiputera diberi peluang untuk memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas.
Sebanyak 60,000 usahawan yang bernaung di bawah MARA yang diharap mampu memberi impak besar terhadap industri halal.
Sempena pelancaran itu, berlangsung KIMfest Kuala Perlis selama tiga hari bagi memasarkan produk usahawan Bumiputera.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment