Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=711698
Published: November 27, 2012
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TMsasar500_000pelanggan/Article/index_html
Published: November 27, 2012
Kini TM memiliki asas pelanggan sebanyak 498,000 dan strategi perniagaan menerusi pelbagai pengenalan produk baru dijangka mengukuhkan prestasi sumbangan 20 peratus segmen PKS kepada kumpulannya setiap tahun.
Naib Presiden Eksekutif SME TM, Azizi A Hadi berkata, bagi mencapai sasaran 500,000 pelanggan PKS tahun ini, TM memperkenalkan pakej baru UniFiBiz, BIZ30 dan BIZ50 yang didatangkan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan tambahan.
Menurutnya, pengenalan dua pakej terbaru itu bukan saja memberi kesan perniagaan kepada cabang PKS TM, malah kepada bilangan pelanggan UniFi PKS TM yang ketika ini mencatatkan 72,000 pelanggan.
“Kedua-dua pakej ditawarkan dengan beberapa perkhidmatan tambahan antaranya telefon DECT percuma, satu gerbang perniagaan WiFi, satu ID TM WiFi, webhosting bersaiz 10GB bersama akaun e-mel bersaiz 2GB, satu akaun infoblast dan pilihan perkhidmatan nilai ditambah (VAS).
“Dengan peningkatan pakej baru itu, pelanggan mampu memaksimumkan aplikasi dan perkhidmatan atas talian generasi akan datang menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi TM pada harga mampu milik,” katanya pada majlis taklimat BIZ30 dan BIZ50 di Kuala Lumpur, semalam.
No comments:
Post a Comment