Wednesday, November 7, 2012

Program MR1M Tidak Hanya Tumpu Pengusaha Makanan Islam Sahaja - Rohani

KUCHING, 6 Nov (Bernama) -- Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) terbuka kepada semua pemilik premis makanan dan tidak hanya tertumpu kepada pengusaha makanan Islam sahaja, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abd Karim.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=707348
Published: November 07, 2012

Beliau berkata salah faham mengenai konsep MR1M itu dilihat antara faktor menyebabkan kurangnya penglibatan pemilik premis makanan bukan Islam dalam program tersebut.

"Pengusaha bukan Islam bimbang pihak kementerian akan campur tangan dalam menu yang disediakan, sekaligus mengurangkan penglibatan mereka dalam program berkenaan.

"Menyedari salah faham ini, pegawai KPDNKK akan turun padang menyampaikan maklumat sebenar bagi memperbetulkan persepsi salah itu," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program MR1M Kantin Hospital Umum Sarawak di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Rohani berkata sehingga hari ini, 3,013 premis makanan telah menyertai MR1M di seluruh negara, mendahului sasaran kementerian 3,000 penyertaan menjelang hujung tahun ini.

-- BERNAMA

No comments: