TEMERLOH, 7 Nov (Bernama) -- Golongan kontraktor Bumiputera kelas F
perlu menghindarkan diri mereka dari mengamalkan budaya mementingkan
keuntungan dan bersikap tamak dalam setiap projek yang diperoleh.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=707577
Published: November 08, 2012
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains dan Inovasi Negeri Datuk Mohd
Sharkar Shamsuddin berkata sebaliknya mereka harus amanah dan bijak
mengurus projek jika mahu maju dan bersaing dengan kontraktor yang lebih
berjaya.
"Sikap tamak, mengejar projek dan mementingkan keuntungan tanpa
mengikut spesifikasi dan kualiti kerja perlu dihindari kerana ia boleh
menyebabkan mereka disenaraihitamkan sekaligus mengakibatkan kontraktor
Melayu gagal dalam perniagaan.
"Ini secara tidak langsung merugikan mereka sendiri apabila tidak lagi
mendapat projek baru jika ia dapat dikesan pihak berkuasa," katanya
semasa merasmikan kursus yang dihadiri 100 kontraktor Melayu kelas F
anjuran Lembaga Kemajuan Industri Pembinaan (CIDB) di Mentakab di sini
Rabu.
Katanya kontraktor perlu menunjukkan kewibawaan mereka dalam
mengendalikan projek dan melaksanakan kerja mengikut spesifikasi yang
betul serta menyiapkan projek mengikut jadual.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment