Sunday, November 11, 2012

Usahawan bumiputera perlu bijak raih peluang program transformasi

TASEK GELUGOR - Usahawan bumiputera perlu memainkan peranan penting dalam Program Transformasi Ekonomi dan meraih sepenuhnya peluang daripada potensi pertumbuhan baru yang akan dibangunkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/usahawan-bumiputera-perlu-bijak-raih-peluang-program-transformasi-1.102963
Published: November 11, 2012

Beliau berkata untuk memastikan kaum bumiputera dapat bersama dalam arus perdana transformasi ekonomi, semua pihak perlu melipatgandakan usaha dan sedia bekerja lebih keras bagi menjaya serta memantapkan agenda golongan itu.
 
"Sesungguhnya, transformasi berskala besar ini akan memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat untuk menikmati faedah daripada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh.
 
"Program Transformasi Ekonomi membuka lebih banyak peluang bagi penyertaan semua rakyat untuk berkongsi, meraih dan menikmati manfaat penjanaan kekayaan daripada pertumbuhan pesat ekonomi negara," katanya ketika merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2012 di Dataran Transformasi Usahawan Kubang Menerong hari ini.
 
Pada majlis itu, Nor Mohamed turut menyampaikan Anugerah Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2011 kepada Presiden Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) Profesor Datuk Dr Zainuddin Wazir. - Bernama

No comments: