SUMBANGAN industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada 2016 dan 9.4 peratus pada
2020 berbanding 2.2 peratus pada 2010 dalam usaha menjadikan Malaysia
hab francais antarabangsa menjelang 2020.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/629bisnesberdaftar/Article/index_html
Published: October 27, 2012
TERBAIK...Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Francais Terbaik kepada
SM
Nasarudin SM Nasimuddin yang mewakili Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd.
SUMBANGAN industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada 2016 dan 9.4 peratus pada
2020 berbanding 2.2 peratus pada 2010 dalam usaha menjadikan Malaysia
hab francais antarabangsa menjelang 2020.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak program pembangunan francais
diambil alih kementeriannya, bilangan francais meningkat 72 peratus
dengan 629 perniagaan francais sudah berdaftar manakala peningkatan
pendaftaran adalah antara lapan dan 24 peratus setahun.
“Dalam tempoh sama, sistem francais dijangka meningkat kepada 860 pada
2016 dan 1,140 pada 2020 manakala bilangan francaisi juga bakal
meningkat kepada lebih 6,700 pada 2016 dan 13,000 pada 2020,” katanya
pada majlis Malam Anugerah Francais 2012 di Kuala Lumpur.
Majlis anugerah itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad selaku penaung Persatuan Francais Malaysia (MFA).
Beliau berkata, kerajaan juga sedang menimbang untuk memberikan
sokongan sewajarnya kepada usahawan tempatan menjadi francaisi induk
bagi produk antarabangsa untuk dipasarkan di Asia Tenggara.
Bagaimanapun, katanya, syarikat jenama asing itu haruslah perniagaan
yang berinovasi dan berteknologi tinggi serta ibu pejabat urusan
dikekalkan di Malaysia. “Kerajaan mengalu-alukan francaisi induk
tempatan memperoleh hak kewilayahan francais asing bukan saja di
Malaysia, tetapi di rantau Asia Tenggara atau Asean. Usaha ini juga akan
menyokong hasrat kerajaan membangunkan Malaysia sebagai francais Asia
Tenggara menjelang 2020,” katanya.
No comments:
Post a Comment