Friday, November 30, 2012

Ok Group Sasar Jualan Rm1.5 Juta Enam Produk Baharu Pada Suku Pertama 2013

MELAKA, 29 Nov (Bernama) -- Syarikat pengeluar minuman herba tradisional, Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) menyasarkan nilai jualan RM1.5 juta untuk enam produk terbaharu keluaran syarikat itu bagi Januari hingga Mac tahun depan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=712682
Published: November 30, 2012

Pengarah Urusan Kumpulan Habibul 'Ajmi Manggar berkata sasaran itu diyakini tercapai ekoran sambutan menggalakkan Green Tea Latte, Teh Serbat, Morinda Emulsion, Gel Gamat, Losyen Gamat dan set Minyak Urut Aroma Terapi (DAORA) yang telah berada di pasaran tempatan sejak pertengahan Oktober lepas.

Sehingga kini, OK Group mempunyai 65 produk jenama syarikat itu dan telah menghasilkan kira-kira 200 produk bagi syarikat lain di dalam dan luar negara dan sedang dalam proses penjenamaan logo dan pembungkusan baru kesemua 65 produk tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada akhir Mac tahun depan.

-- BERNAMA 

No comments: