ROTIBOY Bakeshoppe Sdn Bhd, rangkaian bakeri tempatan,
di Ningxia, China, menjelang tahun ini, kata pengasas dan pengarah
urusan Hiro Tan.
Beliau berkata Ningxia, hub halal untuk China, telah dipilih untuk
mengembangkan jenama Rotiboy kerana mahu menjenamakan syarikat sebagai
syarikat makanan halal dan untuk mengambil peluang daripada populasi
Islam yang besar di sana.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/rotiboy-buka-fasiliti-pengeluaran-di-china-1.170854
Published: Jun 14, 2013
"Kami menjangka menyelesaikan aktiviti penjenamaan dan program latihan
menjelang Ogos dan berharap kilang itu akan dilancarkan tahun ini,"
katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan Perniagaan SME
2013 di sini hari ini.
Ningxia, satu wilayah autonomi di China, terletak di barat laut China dan kini dipromosikan sebagai hub makanan halal.
Tan berkata penerokaannya ke China adalah sebagai perniagaan milik
penuh Rotiboy Bakeshoppe yang kedua selepas Singapura, tidak seperti
pengembangan melalui konsep francais di negara-negara lain, seperti Arab
Saudi, Emiriyah Arab Saudi (UAE), Korea Selatan dan Indonesia.
Sementara itu, kini terdapat 18 kedai Rotiboy di Malaysia, dengan kebanyakan kedai di Lembah Kelang.
Ditubuhkan di Bukit Mertajam pada April 1998, Rotiboy Bakeshoppe
dikenali dengan kek dan roti berkualitinya, terutama roti ban kopi
keluarannya. - Bernama
No comments:
Post a Comment