Thursday, November 1, 2012

Pulau Pinang Bakal Jadi Negeri Pertama Wujud Pusat Khidmat Penjaja

GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan Pusat Khidmat Penjaja yang pertama di negara ini yang dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706021
Published: November 01, 2012

Pengerusinya Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata penubuhan Pusat Khidmat Penjaja itu bertujuan membantu menangani masalah yang dihadapi penjaja dan peniaga kecil selain menjadi medium terbaik golongan itu dalam mendapatkan bantuan dan nasihat.

"...supaya penjaja kecil ini melalui pusat khidmat dapat berurusan dengan pihak berkuasa terutamanya dari segi pematuhan undang-undang dan keperluan pihak berkuasa.

"Jika mereka pergi atas kapasiti individu atau peribadi ke majlis tempatan, mungkin susah. Jadi, pusat khidmat ini akan diwujudkan untuk memudah cara mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pulau Pinang, di sini pada Rabu.

Beliau berkata cadangan penubuhan pusat khidmat itu adalah hasil keputusan bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang yang melibatkan lebih 10,000 penjaja dan peniaga kecil daripada pelbagai bangsa dan persatuan.

-- BERNAMA

No comments: