Wednesday, October 3, 2012

Parlimen: AIM Biayai Pinjaman RM7.532 Bilion Sejak 1987

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=699214

Published: October 03, 2012

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM7.532 bilion pembiayaan disalurkan kepada 320,897 peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada 17 Sept 1987.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata AIM juga berjaya mencapai misi dan matlamat terutamanya dalam mengeluarkan isi rumah miskin dari paras garis kemiskinan semasa kerajaan.

"Berdasarkan kajian impak terkini oleh Universiti Utara Malaysia mendapati purata pendapatan sahabat (peminjam) setelah menyertai AIM meningkat kepada RM2,675 sebulan daripada RM515 sebulan sebelum ini," katanya menjawab soalan Salleh Kalbi (BN-Silam) di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Salleh ingin tahu jumlah peminjam AIM sehingga kini dan Keupayaan mereka untuk bersaing di pasaran selain usaha AIM meningkatkan capaian di kawasan pedalaman khususnya di Sabah.

Lim berkata sehingga kini, AIM mempunyai 123 buah cawangan di 13 buah negeri di seluruh negara dan Sabah mencatatkan bilangan cawangan tertinggi dengan 22 buah berbanding negeri lain.

-- BERNAMA

No comments: