Wednesday, June 27, 2012

Sasar 60 penyedia rumusan awam

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sasar60penyediarumusanawam/Article/index_html

Published: on 27 Jun 2012

MULTIMEDIA Development Corporation Sdn Bhd (MDec) menerusi program pecutan aplikasi perisian sebagai perkhidmatan (SaaS), MSC Malaysia Cloud Initiative- SAAS Acceleration Programme menyasarkan 60 penyedia rumusan awam menjelang akhir 2012.

Pengarah Bahagian Industri Teknologi Maklumatnya, Dinesh Nair berkata, sasaran itu bagi membolehkan Malaysia untuk melahirkan lebih ramai pemain perindustrian kecil dan sederhana (PKS) menggunakan teknologi perkomputeran cloud dalam perniagaan mereka. Katanya, penggunaan perkomputeran cloud di kalangan pemain PKS bukan saja menjimatkan kos dalam perniagaan malah ia memberi gambaran bahawa syarikat PKS di negara ini mempunyai standard global dalam organisasi.

“Program ini juga sebahagian daripada rancangan utama MSC Malaysia untuk mencapai 6,000 enterpris digital yang menyediakan rumusan ICT dan menjalankan perniagaan atas talian menjelang 2015.

“Selain itu, SAAS Acceleration Programme menyasarkan 1,500 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan perkongsian satu peratus dalam segmen perkomputeran awan bagi pasaran global disumbangkan oleh syarikat di bawah MSC Malaysia menjelang 2015,” katanya pada majlis kerjasama Exabytes Network Sdn Bhd (Exabytes) dan MDeC di Cyberjaya, semalam.

No comments: