Monday, October 8, 2012

Usahawan digalak teroka pelaburan tekstil di Pakistan

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahawandigalakterokapelaburantekstildiPakistan/Article

Published: October 08, 2012
Nasuha Badrul Huzaini

Karachi, Pakistan: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) melihat wujudnya potensi pelaburan yang besar di Pakistan untuk diteroka usahawan Malaysia dalam beberapa sektor seperti tekstil, peralatan pembedahan serta barangan kulit halal.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Alayuddin Hasan, berkata produk tekstil dilihat sangat relevan untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia memandangkan ia berkualiti tinggi dan harga ditawarkan lebih rendah berbanding negara pengeluar tekstil lain.
“Ia tidak hanya terhad kepada satu jenis tekstil saja, tetapi merangkumi semua produk termasuklah kegunaan rumah, hotel serta untuk dibeli secara borong,” katanya ketika ditemui di Expo Pakistan Khamis lalu.
Ia tidak hanya terhad kepada satu jenis tekstil saja, tetapi merangkumi semua produk termasuklah kegunaan rumah, hotel serta untuk dibeli secara borong", Mohamad Alayuddin Hasan, Timbalan Presiden DPMM
Beliau mencadangkan usahawan Malaysia mengambil peluang menjadi ejen jualan peralatan pembedahan dikeluarkan syarikat di Pakistan.

Peralatan berkualiti
“Peralatan dikeluarkan mempunyai kualiti kelas pertama dan setanding produk keluaran Jerman. Malah, syarikat di sini juga bersetuju menubuhkan sebuah konsortium tidak lama lagi.

“Konsortium itu juga akan melantik wakilnya di Malaysia untuk membekalkan peralatan pembedahan yang dikeluarkan di Pakistan ke seluruh Asia Tenggara. “DPMM menyambut baik langkah itu dan akan menguruskan hal berkaitan usahawan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, bagi industri barangan kulit halal, ia mempunyai prospek yang baik untuk dibawa masuk ke Malaysia namun produk itu perlulah ditambah nilai.
“Dari segi harga, ia amat murah dan berkualiti tinggi cuma perhatian harus diberikan kepada hasil akhir setiap produk.

“Namun ia tidak menjadi masalah kerana kita di Malaysia mempunyai pelbagai jenis teknologi yang mampu menghasilkan produk yang menarik minat pembeli,” katanya.

Katanya, Pakistan juga menggunakan pendekatan sama seperti Malaysia iaitu mesra pelabur serta agresif dalam mempromosikan produk keluarannya untuk pasaran antarabangsa.

No comments: