KUALA TERENGGANU, 3 Dis (Bernama) -- Para peserta pekebun kecil Risda di
negeri Terengganu yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sejak
10 tahun lalu kini boleh berbangga sekurang-kurangnya mampu menjana
pendapatan melebihi RM2,500 sebulan hasil perniagaan melalui program
diaturkan badan berkanun itu.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=713626
Published: December 04, 2012
Pengarah Risda negeri Zakaria Mat Zin berkata sehingga kini terdapat 772
pekebun kecil di negeri ini yang mencebur diri dalam bidang
keusahawanan pertanian moden.
"Ini juga termasuklah isteri pekebun kecil itu sendiri yang
berkecimpung dalam bidang keusahawanan seperti membuat kuih muih,
menjahit dan sebagainya."
"Secara tidak langsung, ini memberi pendapatan tambahan keluarga dan
sekali gus keluar dari garisan kemiskinan," katanya kepada Bernama di
sini Isnin.
Beliau berkata kebanyakan usahawan pekebun kecil Risda di sini galak
menceburi bidang ternakan ikan air tawar, lembu, kambing, jual beli
getah, kelapa sawit, ukiran kayu, produk Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) seperti cili sos dan sebagainya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment