MELAKA 9 Dis. - Orang ramai yang mengunjungi pameran jualan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini tertarik dengan keunikan produk yang ditonjolkan pada pameran itu.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121210/ws_02/SDSI-tonjol-keunikan-produk-tempatan
Published: December 10, 2012
Menurut mereka, pameran tahunan terbesar sejak 2006 yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan dari seluruh negeri itu memberi manfaat bukan hanya kepada pengusaha malah pengunjung.
Seorang pengunjung, Hasan Hamid, 62, berkata, dia yang pertama kali menjejakkan kaki ke pameran jualan SDSI itu berasa teruja apatah lagi datang dari jauh dengan menyertai rombongan dari Sungai Petani, Kedah.
"Memang bagus ada penganjuran program sebegini sebab bukan hanya produk tetapi makanan turut dipamer dan dijual.
"Secara tidak langsung orang ramai akan dapat lebih variasi dari segi pilihan untuk membeli.
"Bukan itu sahaja, mereka tidak perlu bersusah payah ke negeri tertentu untuk mendapatkan sesuatu produk atau barang, datang ke pameran SDSI sudah mencukupi," katanya.
Seorang lagi pengunjung, Nur Nabila Zamri, 17, berkata, pameran SDSI mampu membuka minat generasi muda terutamanya pelajar dalam menceburi bidang perniagaan.
"Melihat bermacam-macam jenis produk tempatan tidak kira kraftangan mahupun makanan, membuatkan saya rasa seperti ingin turut sama berniaga.
"Saya rasa pameran sebegini wajar diteruskan untuk rujukan pelbagai pihak terutamanya pengusaha dan usahawan yang baru hendak berjinak-jinak dalam perniagaan," katanya.
Sementara itu, Sahut Mislan, 37, pula berpendapat, program yang mendapat tumpuan ribuan pengunjung itu memerlukan kawasan yang lebih besar untuk memperbanyakkan lagi produk-produk yang dipamerkan.
No comments:
Post a Comment