Saturday, December 8, 2012

SSM Nasihat Peniaga Kecil, Penjaja Dan Pemilik Perniagaan Perbaharu Lesen

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama)-- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihati peniaga kecil, penjaja dan pemilik perniagaan, supaya memperbaharui lesen pendaftaran perniagaan mereka sebelum 31 Disember.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=714821
Published: December 08, 2012

"Bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan tahunan pendaftaran untuk pemilik tunggal dan perkongsian dikenakan sebanyak RM50 untuk tempoh pendaftaran selama lima tahun sekali gus, dan bayaran kompaun bagi pendaftaran lewat dan pembaharuan pendaftaran lewat dikurangkan sebanyak 50 peratus," kata SSM dalam kenyataan Juamaat.

Ia menasihati semua pihak agar tidak menunggu pada saat-saat akhir untuk mendaftar dan memperbaharui lesen perniagaan mereka bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter SSM di seluruh negara serta dalam talian.

SSM mengeluarkan Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan pada 1 Jun, tahun ini.

-- BERNAMA

No comments: