Sunday, December 16, 2012

Lenovo Yakin Segmen PKS Terus Jadi Bahagian Pertumbuhan Utama Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Lenovo yakin segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus menjadi bahagian pertumbuhan utamanya tahun depan meskipun jangkaan perbelanjaan berhati-hati oleh segmen itu.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=915430
Published: December 16, 2012

Syarikat teknologi itu berkata laporan Gartner baru-baru ini menunjukkan bahawa penghantaran komputer peribadi (PC) seluruh dunia turun sebanyak 8.3 peratus kepada 87.5 juta unit dalam suku ketiga tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Bagaimanapun, meskipun penurunan ini, segmen peranti di rantau Asia Pasifik tahun depan dijangka bernilai US$229.7 bilion, naik 12.3 peratus berbanding tahun 2012," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Lenovo berkata laporan itu menerangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi perbelanjaan PKS, termasuk fokus peralihan vendor untuk menghabiskan inventori dengan pelancaran sistem operasi Windows 8 baharu serta menyelaraskan lagi kos.

Pengurus Besar Negara Khoo Hung Chuan dipetik dalam kenyataan itu sebagai berkata syarikat tersebut berkembang lebih pantas berbanding pengeluar PC utama bagi 11 suku berturut-turut dan mengatasi prestasi industri bagi 13 suku berturut-turut.

-- BERNAMA

No comments: