Monday, December 17, 2012

PUNB beli premis niaga RM20 juta

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan mempelbagaikan lagi fokus perancangannya kepada pelbagai segmen bagi membantu usahawan Bumiputera apabila memperuntukkan RM20 juta untuk membeli premis dan pusat perniagaan tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PUNBbelipremisniagaRM20juta/Article/index_html
Published: December 17, 2012

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan masalah usahawan adalah kawasan tapak perniagaan, oleh itu PUNB menyediakan bajet setiap tahun untuk bidang hartanah terutama di kawasan bandar.

Beliau berkata, PUNB juga bukan setakat membeli premis di lokasi strategik, tetapi akan menyewakannya secara pukal termasuk di kawasan pusat beli-belah.

“Tahun ini, kami memperuntukkan RM20 juta dan akan meningkatkan jumlah terbabit pada tahun akan datang kerana ini adalah antara perjuangan strategik untuk melihat usahawan Bumiputera mempunyai premis perniagaan di lokasi terbaik dengan kadar sewa yang rendah dari pasaran.

“PUNB juga sudah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pemaju yang akan membangunkan pusat beli-belah di kawasan KL Sentral bagi mendapatkan ruang niaga,” katanya.

Menurutnya, ini adalah antara inisiatif PUNB untuk mencari ruang pelaburan baru dan pihaknya juga dalam proses untuk mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL).

Khairy berkata, bagaimanapun PUNB sentiasa membuat penilaian dalam sektor yang berjaya dan kurang mendapat sambutan. Setakat ini bidang profesional, klinik, automotif, telekomunikasi dan perkakasan memberi pulangan baik.

No comments: