Wednesday, December 19, 2012

Galak penyusuan ibu - Syarikat Bumiputera

LUNAWORKS Sdn Bhd (www.lunatots.com), syarikat Bumiputera yang memberi tumpuan kepada penjualan produk ibu dan bayi menerusi jenama Lunatots akan mengalihkan fokus kepada produk khusus berkaitan penyusuan badan mulai 2013.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Galakpenyusuanibu/Article/index_html
Published: December 19, 2012

Pengarah Urusannya, Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata, operasi syarikatnya ini dimulakan dengan produk penjagaan bayi merangkumi pakaian, lampin pakai buang, tisu lembap dan produk penjagaan botol susu.

“Kami ingin meletakkan fokus kepada produk penggalakkan penyusuan susu ibu khususnya di kalangan wanita yang bekerja.

“Malah, kami akan terus menghasilkan lebih banyak produk menarik sebagai satu langkah ‘memujuk’ kaum ibu untuk terus menyusukan bayi mereka walaupun selepas kembali bekerja,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, sebagai permulaan pihaknya memperkenalkan jenama The Milk Story di bawah syarikat sama yang mengutamakan produk berkaitan penyusuan susu ibu.

“Produk pertama diperkenalkan adalah Chocolate Rice Snack iaitu makanan ringan bagi wanita yang menyusukan bayi bertujuan membantu menambah susu badan,” katanya.

Suraya berkata, berikutan sambutan menggalakkan diterima di kalangan pelanggan, pihaknya memperkenalkan minuman Chocolate Drink With Fenugreek yang juga berfungsi menggalakkan penambahan susu ibu.

“Produk ini mengandungi halba yang dipercayai dapat membantu menambah susu ibu dan selepas beberapa bulan berada di pasaran kami melancarkan minuman sama dengan tambahan kolagen bagi membantu golongan ibu mendapat kulit lebih cantik,” katanya.

Menurutnya, mulai 2013 juga pihaknya akan mengeksport produk berkenaan ke pasaran Singapura dan Brunei serta turut memperkenalkan program ejen jualan supaya lebih ramai ibu dapat menggunakan produk berkenaan.

“Untuk program ini, mereka yang berminat hanya perlu membeli 12 kotak minuman saja dengan margin keuntungan antara 20 dan 50 peratus,” katanya.

No comments: