MELAKA 23 Dis. - Peniaga acar kurma, Noraini Sabudin, 48, terpilih sebagai penerima anugerah Pemasar Tani Jaya FAMA 2011 (Wanita) dalam majlis anugerah peringkat negeri di sini hari ini.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121224/ws_03/Noraini-jual-acar-kurma-raih-RM40000-sebulan
Published: December 24, 2012
Badruddin Amiruldin (kanan) menyampaikan kanopi dan anugerah
kepada Noraini Sabudin sambil diperhatikan Pengarah FAMA Negeri,
Mohd. Nawi Othman dalam majlis penyampaian Anugerah Pemasar
Tani Jaya FAMA Negeri Melaka 2011 di Melaka, semalam.
Anugerah disampaikan oleh Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin di tapak Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini.
Menurut ibu kepada empat anak berusia antara 13 hingga 23 tahun itu, dia memulakan perniagaan acar kurma sejak 1994 tanpa menggunakan bahan pengawet.
"Syukur dengan penghargaan yang diberi kerana ia secara tidak langsung meningkatkan motivasi saya untuk lebih berjaya dan berusaha ke tahap yang lebih tinggi pada masa depan.
"Saya memasarkan produk dengan jenama Acar Buah Norjaya Marketing di lima pasar tani iaitu tiga di Melaka dan dua di Johor. Alhamdulillah anggaran pendapatan boleh menjangkau sehingga RM40,000 sebulan," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
Kata Noraini, sebagai peniaga dan pemasar tani, dia cuba memberikan yang terbaik dari segi kualiti produk yang dihasilkan.
Malah, kata Noraini, dia mencipta sendiri resipi acar kurma tersebut tanpa menggunakan bahan pengawet termasuk cuka dan boleh bertahan antara tiga hingga empat bulan.
Tambah Noraini, produk tersebut telah dipasarkan oleh rakan-rakannya kepada saudara-mara mereka di luar negara termasuk Dubai.
No comments:
Post a Comment