Friday, December 7, 2012

Bangunkan Taman Dabai

KAPIT 5 Dis. - Jabatan Pertanian digesa mencari sebidang tanah di bahagian ini untuk dijadikan Taman Dabai dalam usaha mengangkat buah dabai sebagai ikon Kapit. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, taman berkenaan akan ditanam dengan pelbagai spesies dabai terbaik dari Kapit, Sibu dan bahagian-bahagian lain di seluruh negeri.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121206/wb_02/Bangunkan-Taman-Dabai
Published: December 07, 2012


Alfred Jabu Numpang (kanan) menyerahkan anak pokok dabai daripada 
baka terbaik kepada seorang Tuai Rumah di Kapit, baru-baru ini.

"Kawasan berkenaan juga boleh memainkan peranan sebagai pusat penyelidikan potensi dabai untuk dijadikan pelbagai produk seperti jeruk dan pati minuman.

"Tidak mustahil akhirnya kita mampu membina kilang memproses buah dabai dan menjadikannya sebagai tanaman komersial sekali gus mempelbagaikan kegiatan ekonomi masyarakat luar bandar seperti di Kapit," katanya.

Jabu yang juga Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika melancarkan Pesta Dabai bertemakan Perkongsian Ilmu Dalam Amalan Dan Teknologi Tanaman Dabai anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Kapit dan Jabatan Pertanian, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Jabu berkata, sekiranya usaha tersebut dapat dilaksanakan, ia akan membantu memperhebatkan usaha menjadikan Pesta Dabai sebagai acara tahunan.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Permodenan Pertanian sedang mempertimbangkan dana khas bagi penganjuran Pesta Dabai pada masa depan.

"Pesta seperti ini amat penting kerana keunikannya bukan sahaja dapat mempromosi dabai malah mampu memperkasakan lagi industri pelancongan dan menarik lebih ramai pelawat serta pelancong asing ke Kapit," katanya.

No comments: