Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=714133
Published: December 06, 2012
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tm-jangka-23-000-pelanggan-baru-bagi-pakej-office-in-a-box-1.109991
Published: December 06, 2012
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tm-microsoft-tambah-baik-pakej-1.110134
Published: December 06, 2012
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TMjangkadapattarik23_000pelangganbaru/Article/index_html
Published: December 06, 2012
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121206/ko_02/TM-sasar-23000-pelanggan-Office-in-a-Box-baharu
Published: December 06, 2012
Faycal Bouchlagem (dari kiri) bersama Azizi A.Hadi dan Zulkapli
Mustapha melancarkan Pakej Office In The Box with Microsoft Office 365
hasil kerjasama TM, VADS dan Microsoft di Kuala Lumpur, semalam.
Naib Presiden Eksekutif bagi PKS, TM, Azizi A Hadi, berkata ia mempunyai lebih 100,000 pelanggan bagi versi 'Office in a Box' sebelum ini, yang dilancarkan pada April 2010.
'Office in a Box" dengan Microsoft 365 adalah hasil kerjasama antara TM dan Microsoft yang menawarkan komunikasi pengupayaan 'cloud' dan suite produktiviti Microsoft Office 365 melalui VADS kepada kalangan perniagaan Malaysia di seluruh negara.
"Dengan pakej penyelesaian yang baru diperkenalkan ini, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, tanpa mengira saiz, boleh menikmati daya hubung jalur lebar gred perniagaan TM yang pantas, dengan kelajuan dari satu Mbss hingga empat Mbss, dan tidak lama lagi, lapan Mbss, pada kadar panggilan yang berpatutan, perkhidmatan nilai tokok istimewa dan juga Microsoft Office 365, dengan hanya satu harga," kata Azizi.
Beliau juga yakin tentang faedah-faedah berpotensi hasil perkongsian strategik dengan Microsoft, terutama kepada segmen PKS.
"Memandangkan penerimaan pakai aplikasi pengkomputeran 'cloud' yang semakin meningkat dalam pasaran, TM melihat ini sebagai peluang untuk membantu PKS memperluaskan perniagaan mereka," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Microsoft Asia Pasifik - Saluran Pengendali, Faycal Bouchlaghem, berkata sebagai peneraju dunia dalam penyelesaian cloud bagi perniagaan, Microsoft komited untuk melaksanakan transformasi Malaysia bersama dengan TM.
"Pada masa yang sama, kedudukan TM sebagai penyedia jalur lebar terkemuka Malaysia menjadikannya rakan kongsi yang unggul untuk membantu kami membawa faedah Office kepada semua perniagaan Malaysia," tegasnya. - Bernama
No comments:
Post a Comment