Saturday, December 29, 2012

Fortinet Unjur Lebih Banyak PKS Labur Dealam Rangkaian Keselamatan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Fortinet, penyedia keselamatan rangkaian, optimistik namun berhati-hati, terhadap pasaran keselamatan rangkaian secara menyeluruh bagi Malaysia pada tahun 2013.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=918076
Published: December 29, 2012

Mudah alih dan awan akan menduduki senarai teratas dari segi keutamaan memandangkan perusahaan di Asia dan Malaysia akan terus mengguna pakai teknologi ini, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ia berkata peningkatan ancaman secara berterusan dan edaran penafian serangan perkhidmatan di seluruh dunia juga memacu perusahaan tempatan untuk mengambil tindakan yang lebih baik bagi meningkatkan keselamatan teknologi maklumat (IT).

George Chang, Pengarah Serantau Fortinet bagi Asia Tenggara dan Hong Kong berkata lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana dijangka memberi respons terhadap kebimbangan tahun depan.

"Ada dalam kalangan mereka membeli penyelesaian keselamatan rangkaian yang baharu manakala yang lain melanggan perkhidmatan keselamatan diurus daripada penyedia perkhidmatan."

-- BERNAMA

No comments: