NUSAJAYA 8 Dis. - Lebih 1,000 peminat burger bakar tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan itu secara percuma yang diberikan oleh rangkaian Kuala Lumpur Burger Bakar (KLBB) sempena pembukaan cawangan terbarunya di Bukit Indah di sini kelmarin.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121209/wj_02/Lebih-1000-serbu-burger-bakar
Published: December 10, 2012
ORANG ramai beratur untuk mendapatkan burger bakar
percuma di Taman Bukit Indah, Nusajaya, Johor, kelmarin.
Pemilik rangkaian berkenaan, Jumsani Mohd. Halime berkata, orang ramai mula beratur seawal pukul 5 petang kerana tidak mahu terlepas mendapatkan burger bakar tersebut.
"Lazimnya, cawangan ini dibuka pada pukul 6 petang dan pelanggan mula datang sejam selepas itu tetapi kali ini pelanggan mula berkumpul sebelum kami memulakan operasi perniagaan.
"Sambutan dan maklum balas yang diberikan sangat baik dan berharap outlet ini akan didatangi lebih ramai pelanggan selepas promosi percuma diadakan," katanya yang mempunyai 33 rangkaian KLBB di seluruh negara.
Pengurus Outlet KLBB Taman Suria, Johor Bahru, Roslee Ibrahim yang turut menjayakan promosi itu memberitahu, KLBB berjaya mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia makanan segera tempatan dengan resipi yang enak dan sihat.
Menurutnya, daging burger yang dibakar sepenuhnya mampu mengurangkan lemak dan kolestrol, sekali gus baik untuk dijadikan sebahagian diet harian.
"Setelah hampir enam bulan KLBB Taman Suria beroperasi, saya perhatikan ahli-ahli bina badan kerap datang ke outlet saya untuk menikmati daging burger kami.
"Menurut mereka, selain menjaga kesihatan, daging burger KLBB amat sedap kerana 100 peratus daging lembu Australia," jelasnya.
Justeru, penggemar yang meminati hidangan burger bakar boleh mengunjungi kedua-dua outlet KLBB berkenaan atau yang terbaru di Bandar Uda Utama, Tampoi, dekat sini.
Burger KLBB yang menggunakan judul-judul filem Melayu tempatan dijual antara RM7 hingga RM20 dan yang paling mendapat perhatian ialah KL Drift yang menampilkan daging burger dihias cantik dengan kepingan keju serta daging salai.
No comments:
Post a Comment