Friday, December 7, 2012

Tambahan 400 Lot Kedai Untuk Projek Pembangunan Pasar Jalan Raja Bot - Nong Chik

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Sebanyak 400 lot kedai akan ditambah dalam pembangunan semula Pasar Jalan Raja Bot di sini bagi menempatkan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar pasar tersebut di bawah satu bumbung.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121207/wk_01/Tambahan-400-lot-kedai
Published: December 08, 2012

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=714481
Published: December 07, 2012

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadapeniagabahujalan/Article/index_html
Published: December 07, 2012

MESRA...Raja Nong Chik (tengah) bersalaman dengan peserta  Seminar Misi Bandar dan Kehidupan Pintar anjuran kerajaan United Kingdom, semalam.
MESRA...Raja Nong Chik (tengah) bersalaman dengan peserta Seminar Misi 
Bandar dan Kehidupan Pintar anjuran kerajaan United Kingdom, semalam. 

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata senario peniaga yang menjalankan perniagaan secara bertaburan di tepi jalan di sekitar Pasar Jalan Raja Bot ketika ini turut mencacatkan pemandangan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Hasil daripada tinjauan yang dijalankan, peniaga tersebut turut berminat untuk mendapatkan lot perniagaan di dalam bangunan baru yang akan dibina tidak lama lagi.

"Projek ini berjalan lancar, di mana kita sedang mengambil alih beberapa lot tanah untuk tujuan pembesaran lot kedai manakala reka bentuk bangunan telah diputuskan dalam dua sesi mesyuarat yang kita jalankan," katanya selepas merasmikan seminar 'Smart Cities Smart Living' Khamis.

Turut hadir Menteri Negara (Pembangunan Antarbangsa) bagi Kerajaan Britain Alan Duncan, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone dan 100 peserta daripada delegasi United Kingdom (UK) serta tempatan terdiri daripada arkitek, jurutera dan pemaju.

-- BERNAMA

No comments: