Friday, April 5, 2013

Cradle perkenal insentif cukai budiman

ASPIRASI pelaburan budiman untuk usahawan tekno di Malaysia menerima rangsangan seterusnya dengan pelancaran Insentif Cukai Budiman oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Nazrin Hassan berkata, cukai insentif untuk pelabur budiman (angel investor) akan merangsang pertumbuhan usahawan tekno dalam tempoh pra dan permulaan.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/cradle-perkenal-insentif-cukai-budiman-1.145878
Published: April 05, 2013

 Cradle Fund Sdn Bhd

“Pelabur budiman memainkan peranan penting dalam pembiayaan Malaysia pada masa akan datang. Mereka menjadi kuasa utama dalam pelaburan swasta bagi syarikat teknologi terutamanya peringkat pra dan permulaan.

“Pelancaran Insentif Cukai Budiman menyediakan pelabur yang berkelayakan dengan pengecualian cukai pendapatan peribadi yang bersamaan dengan jumlah pelaburan sehingga RM500,000 setahun,” katanya.

Menurutnya, ia bertujuan menggalakkan pertumbuhan jumlah pelabur budiman di Malaysia. Cradle dipertanggungjawab meningkatkan lebih ramai pelabur budiman dan menggalakkan lebih banyak pelaburan budiman tempatan.

Insentif Cukai Budiman dikendalikan Angel Tax Incentive Office (ATIO), unit di bawah Cradle. Pelaburan dibuat perlu dilulus dan disahkan Kementerian Kewangan.

Selepas dua tahun, pelabur budiman perlu memfailkan cukai pendapatan peribadi melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri yang kemudian diproses untuk pengecualian cukai.

No comments: