MARAN, 17 Dis (Bernama) -- Pusat GiatMara memperuntukkan RM12 juta
setahun bagi program membantu bekas pelatih Giat Mara memulakan
perniagaan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=915959
Published: December 18, 2012
Pengerusi GiatMara Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, sekurang-kurangnya
10 peratus bekas pelatih GiatMara disasarkan menceburi bidang
keusahawanan.
Shahiruddin juga berkata, koperasi Bekas Pelatih GiatMara akan
ditubuhkan tahun depan iaitu di Zon Tengah, Timur dan Barat bagi
membantu menentukan hala tuju perniagaan mereka selain melahirkan lebih
banyak peluang perniagaan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment