Friday, December 21, 2012

Perluas pasaran herba

MANDARA Solutions Enterprise yang mengeluarkan produk kesihatan berasaskan herba bagi mengatasi masalah lelaki dan wanita kini merancang untuk melebarkan perniagaan ke seluruh negara terutama Lembah Klang dan selatan tanah air.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012122103034220121221030342/Article/index_html
Published: December 21, 2012

Ini berikutan produk Jamu Mandara 1 dan Jamu Mandara 2 keluaran syarikat itu yang menggunakan herba seperti kacip fatimah, manjakani, habatussauda, temu lawak, cekur, halia serta kunyit mendapat sambutan baik di kalangan pelanggan di wilayah utara.

Pengasasnya, Azliza Ahmad berkata, Jamu Mandara berbentuk pil diformulasi ibunya, Ma@Rahil Abbas sejak 35 tahun lalu, tetapi baru dikomersialkan pada tahun lalu selepas mendapat pengesahan daripada Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, produk keluaran syarikatnya yang turut dianugerahkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta dihasilkan menggunakan bahan rempah-ratus terpilih dan berkualiti. “Jamu Mandara 1 dikhususkan untuk wanita kerana mampu melegakan kepenatan fizikal, mengatasi masalah keputihan dan senggugut, melancarkan haid serta menyihatkan badan selepas bersalin.

“Manakala, Jamu Mandara 2 diadun khas bagi mengurangkan berat badan, membuang angin, membantu penghadaman serta melegakan sembelit ringan pula sesuai untuk wanita dan lelaki,” katanya ketika ditemui di Alor Setar, Kedah.

Azliza berkata, kekuatan Jamu Mandara terletak pada formulasi ibunya sekali gus sentiasa berusaha memastikan kualiti dan kuantiti herba dikawal sepenuhnya sehingga mampu mendapat produk bertaraf Prosedur Pengilangan Yang Baik (GMP). “Bertemakan ‘Meningkatkan Gelora Pasangan Anda’ serta ‘Energetik dan Menawan’, Jamu Mandara nyata mampu memberi kepuasan kepada pelanggan terutama mereka yang mementingkan soal penjagaan kesihatan diri,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis untuk mengembangkan pasaran produk Jamu Mandara dan boleh melayari mandarasolution.blogspot.com bagi mendapatkan keterangan lanjut.

No comments: